Showing posts with label sEdIh. Show all posts
Showing posts with label sEdIh. Show all posts

Thursday, 18 October 2012

bUaT PeMiLiK HaTi YaNg pAtAh

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum



❀ Untuk yang sedang bersedih
Beramallah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir air mata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.

❀ Wahai jiwa yang sedang layu…
Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa k
eindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.

❀ Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…
Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.

❀ Untukmu yang sedang luka..
Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.

❀ Hai pemilik hati yang patah..
“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!

❀ Kawanku yang dicintai Allah..
Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur.

Ini untukmu yang sedang bersedih
Dalam rangka menasihati diri sendiri…

kredit: http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/pemilik-hati-yang-patah/#ixzz1l9OkZ0Cx



 والسلام

Sunday, 12 February 2012

pErNaHkAh AnDa mEnAngIs?


PERNAHKAH anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?


Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.

Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:


 Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

 Menangis kerana rasa takut.

 Menangis kerana cinta.

 Menangis kerana gembira.

 Menangis kerana menghadapi penderitaan.

 Menangis kerana terlalu sedih.

 Menangis kerana terasa hina dan lemah.

 Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

 Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

 Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.

Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.

Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

 Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.

 Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

 Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

 Apabila dahinya berpeluh.

 Air matanya berlinang.

 Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

bErSeDiHlAh


tiada salahnya bersedih..
bukankah bersedih itu fitrah..
bersedih mengajar erti kehidupan..
bersedih mampu menambah iman..
bersedih mencetus doa dan tawakkal..
kerana itu tiada salahnya bersedih..
tidakkah bersedih itu mengajar reda..
kpd hati, jiwa, dan akal fikiran yg yakin..
trhadap janji-janji Sang Pencipta.. 

tetapi..
janganlah bersedih membatasi iman..
akibat mengejar watak dan harta di pentas dunia..
kerana yg dikejar tiada kekal..
bersifat hanya sementara..
akan terhapus di penghujung usia..

arahkan pilumu pada takutkan azab Allah..
arahkan sedihmu pada tagihkan cintaNya..
tidakkah kamu seharusnya menangis..
sekiranya tidak mendapat cinta yg tulus drpdNya..
bersedihlah untuk diri kamu sendiri..
yg sememangnya tiada nilai di sisiNya..

justeru..
kamu pasti akan lebih berusaha..
lebih bekerja keras..
lebih istiqamah..
lebih khusyuk dan khuduq..
dlm usahamu yg gigih..
untuk mendapatkan cinta kasih drpdNya..

BERSEDIHLAH UNTUK DIRI KAMU YANG TIADA APA-APA NILAI DI SISINYA..!!
PERBAIKILAH AMALAN KAMU..IMAN KAMU..DAN DIRI KAMU SENDIRI..
SEBELUM KAMU DIPANGGIL MENGHADAP OLEH ALLAH YG MAHA ESA..
KERANA PADA SAAT ITU..
SUDAH TIADA PELUANG LAGI UNTUK KAMU BERAMAL DAN PULANG KE DUNIA..

OLEH ITU..
BERSEDIHLAH SAHABATKU..
BERSEDIHLAH..BERSEDIHLAH..DAN MENANGISLAH KERANANYA..
KERANA KAMU BELUM SELAYAKNYA MENJADI HAMBA ALLAH YG TERBAIK..!

bIsMiLLah aR RaHmAn Ar RaHim

alir-alir air mata
titisnya bukan suka
diri yang terpalit calit-calit hitam
matanya tak rela

pipi basah dalam pasrah
mencari terus
hakikat keampunan
syahdunya campur baur
dalam langkah belum teratur

lemah
hamba yang belum menghambakan diri
jauh dari erti
lalu mengalir,
menitis lah sedih
jadi teman
hati yang bersalah

ya Allah, Maha Pengampun..jadikanlah air mata yang mengalir adalah titisan yang memohon ampunMu,
ya Allah, Maha Pemurah, kurniakanlah bahagia lepas rasa derita,
ya Allah, Maha Penyayang, payungilah hati yang kotor dengan cintaMu, agar ia mampu jadi bersih, biarpun tak sesuci asalnya..
amin ya Rabbal alamin..

jIkA RaSa SeDiH ItU aDALaH . . .

Jika rasa sedih itu adalah AIR, biarlah ia mengalir ke akar-akar pohon, ke tanah-tanah gersang, ke tasik-tasik yang kekeringan..
Semoga ada manfaat kepada yang lain..
Tapi JANGANLAH ke MATA ku..
Kerana sudah  terlalu banyak air yang mengalir dari situ..
Kerana ku takuti air dari mata ku itu tidak mampu memadamkan api neraka MU, Ya ALLAH..
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..

Jika rasa sedih itu adalah ANGIN, biarlah ia menghembus lembut ke hamparan-hamparan yang ketandusan, ke kawanan tumbuhan yang mengharapkan angin..
Semoga ada manfaat kepada yang lain..
Tapi JANGANLAH ke JIWA ku..
Kerana sudah terlalu lama angin yang bergelodak di situ…
Kerana ku takuti angin dalam jiwa ku itu tidak mampu menjadikan ku kuat untuk ke jalan MU, Ya ALLAH..
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..


Jika rasa sedih adalah KETAJAMAN, biarlah ia digunakan untuk menghunus musuh-musuh Islam, untuk mengasah akal para pejuang agama…
Semoga ada manfaat kepada yang lain..
TAPI JANGANLAH ke HATI ku..
Kerana sudah terlalu dalam luka yang terhiris..
Kerana ku takuti ketajaman ke hati ku itu tidak mampu menjadikan hati ku Ikhlas untuk MU, Ya ALLAH..
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..


Namun,

Jika rasa sedih adalah CAHAYA PETUNJUK dari ALLAH, biarlah ia terpancar ke dalam mata ku, jiwa ku, hati ku dan ke seluruh alam..
Agar semua dapat merasai  cahaya keindahannya itu..
Cahaya keredhaan dari ALLAH ..
Tanda Kasih , Cinta, Ingatan dari ALLAH yang Maha Agung, yang Maha Mengetahui, yang Maha Pengasih, yang Maha Mengasihani, yang Maha Pencinta…
Yang telah menciptakan segala-galanya ..
Daripada tiada kepada ada...
Agar semuanya kembali kepada MU , Ya ALLAH..
Kembali sujud kepada MU..
Kembali menuju ke jalan MU..
Kerana Engkaulah destinasi cinta yang HAKIKI...


~YA ALLAH,jika derita ini satu ujian untuk aku MENGHAPUSKAN dosa2 ku, maka aku redha dgn derita ini, PERBAIKILAH diri ku.Tetapi jika rasa dari derita  ini MENAMBAHKAN dosa ku pada MU, maka HILANGKANLAH ia dari hatiku, kerana aku TAKUT akan Murka dan  Siksa Neraka MU ~