Showing posts with label saHAbaT. Show all posts
Showing posts with label saHAbaT. Show all posts

Saturday, 21 April 2012

uHiBbUkI FiLlAh

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum




ok.. kali nie entry bertajuk UHIBBUKI FILLAH .. best friend till jannah..



"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya," (Imam Al Ghazali) 

Ukhwah itu hakikatnya amat indah, terjalin di antara hati-hati nurani insan dan membuahkan rasa kasih dan sayang. Hadirnya bisa mendatangkan cinta Allah pada diri, andai ia berlandaskan apa yang telah Islam gariskan.

Pernahkah diri bertanya pada hati, mengapa aku berkawan dan bersahabat? Apa yang aku kejar dalam persahabatan sedemikian? Apakah ia bertiangkan keduniaan semata ataupun redha dan cinta Allah yang hakiki? 

Bersahabatlah kerana Allah wahai diri. Jadikanlah pertemuan dan perpisahan itu juga kerana Allah. Jadikanlah Allah itu tujuan utamamu, bukan kerana material dan keduniaan semata-mata. Pasti diri akan menjadi sahabat sejati, dan juga ditemukan dengan sahabat sejati. 

Firman Allah S.W.T: “Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat,” (Al Hujurat: 10) 

 Mungkin sudah tiba masanya untuk memperbetulkan kembali niat andai ada sedikitnya yang sudah terpesong dari yang seharusnya, dek hanyut dengan keindahan dan nikmat dunia. 

Andai persahabatan bertiangkan Ilahi, pasti ia disertai kejujuran dan redhaNya. Tiada istilah khianat menghianati mahupun tikam belakang, apatah lagi mengata dan mencela. Tiada istilah dendam berdendam dan apa sahaja tindakan yang bisa melukakan hati sahabatnya. 

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: 

 ❀ Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
 ❀  Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
 ❀  Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
 ❀ Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
 ❀ Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
 ❀ Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya 
❀ Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
 ❀ Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu 
❀ Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu 
❀ Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
 ❀ Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu 
❀ Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
 ❀ Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat 
❀ Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat. 

Saidina Ali pula ada mengatakan: 
❀ Jangan berkawan dengan orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tetapi hakikatnya dia akan mencelakanmu.
 ❀ Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya. 
❀ Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukan 
❀ Dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah. 

Sahabat sejati bukan mudah untuk dicari. Mencari sahabat sejati bagaikan mencari sebiji benih yang terselit dalam semak berduri. Bersedialah untuk dilukai, namun jangan mengalah untuk terus mencari. Andai sudah kau temui, sayangilah dirinya sepenuh hati, dan suburilah ia dengan hati yang ikhlas dalam diri, agar dirimu juga menemui cinta Ilahi. 

Andai dirimu menemui seorang sahabat, usahlah dirimu berpura-pura di hadapannya, hanya kerana kamu mahu diterimanya. Jangan dibiarkan dirimu diselubungi lakonan semata-mata, kerana akhirnya dirimu tiada mampu bertahan, kerana apa yang dizahirkan bukanlah dirimu yang sebenarnya.

Andai dua jiwa lain bentuknya, usahlah dipaksa untuk disatukan, gusar andai akhirnya ada yang terluka. Lepaskanlah dia pergi, dan bermohonlah kepadaNya agar kamu ditemukan dengan sahabat yang lebih baik dari sebelum ini. 

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R. al-Hakim) 

Dan salah satu kunci dalam persahabatan sejati ialah berlapang dada, namun untuk mencapainya ia tidak semudah bicara. Berlapanglah dada andai ada sahabatmu yang suka meniru apa sahaja gerak gerimu. Berlapanglah dada andai ada sahabat yang ingin melepaskanmu, kerana mungkin ada sahaja sebab musabab yang tidak kamu ketahui. Berlapanglah dada andai sahabatmu menemui sahabat yang lebih baik dan rapat berbanding denganmu.

“... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (An-Nur: 22)

Hargailah persahabatan yang ada andai ia bersulamkan keikhlasan dan kejujuran dan bertiangkan Ilahi semata-mata. Jangan sekadar mengharapkan agar dirimu menemui sahabat sejati, namun berusahalah juga untuk menjadi sahabat sejati. 

Sahabat sejati akan turut merasa bahagia andai sahabatnya berjaya. Sahabat sejati akan tumpang gembira andai sahabatnya itu mendapat atau mempunyai sesuatu yang lebih baik darinya. Sahabat sejati akan senantiasa bersama sahabatnya, susah mahupun senang. 

Dan sahabat sejati sentiasa akan mengingatkanmu tentang Ilahi, dan juga menjadikanmu dan si Pencipta semakin dekat dan tiada secebis pun dalam hatinya perasaan cemburu terhadap sahabatnya, yakni ingin segala nikmat dan kebaikan itu hilang dari sahabatnya. 

Bermuhasabahlah diri, apakah selama ini diri sudah menjadi sahabat sejati? 

Berusahalah memperbaiki diri dari hari ke hari, agar hari ini lebih baik dari sebelumnya. Ikhlaskan hati kerana Allah, dan bersihkanlah hati dari segala perasaan yang kurang baik terhadap sahabat sendiri. Semoga Allah memelihara hati kita semua, dan mengurniakan persahabatan yang indah seindah-indahnya. 

Mutiara Kata Buat Hati: Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat. Dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari (Saidina Ali)

CREDIT TO = aishaardini


p/s : untunglah pade sape yang dah jumpe sahabat sejati mereka.. tahniah.. tapi,yang x jumpe lagi tu,jangan pernah mensia-siakan sahabat yang dah ade.. hargai mereka.. kalau mereka terjatuh,bangunkan mereka kembali.. kalau mereka tersesat,bawalah mereka mencari jalan yang sebenarnya.. 


 والسلام

Wednesday, 15 June 2011

SAHABAT


Yaakub dipisahkan dari anaknya Yusuf..
Yusuf diperdayakan perempuan..
Ayub ditimpa penyakit yang parah..
Daud & Sulaiman kena bermacam-macam fitnah..
Demikian juga Zakaria & Yahya, yang memberikan
jiwa mereka untuk korban keyakinan..
Muhammad lebih2 lagi..
Pernahkah mereka mengeluh ?
Tidak, kerana mereka yakin bahawa kepercayaan
kepada Tuhan menghendaki perjuangan & keteguhan..

(Prof. Dr HAMKA)
Nilai p’sahabatan tidak akan cair di musim panas,
Tidak akan beku walau di musim sejuk,
Tidak akan luruh di musim hujan,..
Tp akan sentiasa mekar walaupun bukan di musim BUNGA.
PERSAHABATAN Itu terbina atas ranting KEJUJURAN,
Bertunjangkan KASIH SAYANG,
lalu membuahkan KEMANISAN IKATAN,
Jika terpesong,….
Maka, patahlah rantingreputlah akar
Lalu rosaklah buah..

duHAI teMAN Duhai SAHabat

              DUHAI TEMAN DUHAI SAHABAT===========


“Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan”





Duhai Teman Duhai Sahabatku…
Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…
Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…
Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…
Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…
Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…
Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…
Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya….


nILai IMan saHABat




Akhi….
Nilai iman itu sebenarnya terlalu tinggi
untuk dicapai
Malah, iman itu juga adakalanya yazid
Dan adakalanya yanquz
Namun..
Hakikatnya aku ingin sekali
Memiliki iman yang tak lekang dek panas
Dan tak luntur dek hujan…
Agarku bisa menjadi insan
yang sepenuhnya islah kepada-Nya.
Akhi…
Godaan itu juga sebenarnya
semakin kuat bila kita keseorangan…
Lantaran itulah…
Aku perlukan teman-teman
Yang sentiasa bersedia membimbingku
Untuk mencari dan menggapai redha-Nya.
Akhi…
Seperti yang kau tahu
Teman itu adakalanya seperti penawar…
Sumber kekuatan kita
Dan adakalanya,
Teman juga seperti racun…
Melemahkan kekuatan kita.
Tapi akhi…
Aku selalu berharap
Mendapat sahabat sejati
Yang tak luntur baik dalam suka atau duka
Yang tak hilang baik tika ku lemah ataupun
bertenaga
Dan hari ini…
Aku mula mengerti
Sebenarnya masih ada yang setia
Yang sentiasa menyedarkanku dengan amaran-amaran
Allah
yang sentiasa memujukku dengan tarbiah pencipta
yang sentiasa mengingatkanku dengan kehebatan
syurga
dan sentiasa mendorongku menjadi dai’e mulia…
Terima kasih akhi…
Kerana kaulah sahabatku yang setia
Moga ukhwah kita untuk selamanya…
Wahai Sahabat..
Tika diri kelapangan atau dalam kekangan,
AL-ASR punya tafsiran yg tersirat,
Di saat kehausan kecemerlangan, AL-MU’MINUN
formula al-falah yg terhebat,
Bila jiwa dn hati diasak & disentak dgn kemenangan
musuh Allah, AS-SAF mengutuhkan iman di hati lantas
bersama di saf perjuangan…