Friday 22 March 2013

Gred Bukanlah Pengukur Kebijaksanaan

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum


nahhhh .. entry kali ni bertajuk GRED BUKANLAH PENGUKUR KEBIJAKSANAAN

semalam atau kelmarin dah dapat result untuk SPM  & STPM kannn kann
haaa macam mane? ok tak? straight A ?? atau straight E ?? atau atas pagar? cukop2 makan?
hurmmm apa2 pun tahniah dekat sape2 yang dapat  keputusan yang cemerlang , dan bagi yang tak dapat keputusan yang cemerlang atau gah sangat tu , jangan berputus asa ok .. tambah2 yang SPM tu , relax , SPM bukan end bagi segala2 nya tauuuu...

sooo... bila dah dapat result , persoalan yang bermain dekat dalam kotak pemikiran korang semua mestilah  " U ape nak masuk ek " , " nak pilih course ape eh " , " ..
nah ..jadi nak digariskan   dekat sini ...  kalau korang nak pilih course ape yang korang nak, U ape yang korang nak , haa jangan pilih berdasarkan result / Gred korang tu semata2 ye ..

sebabnya.. dapat Gred yang baik ni bukanlah maksudnya korang memang handal gila la dalam bab tersebut .. kadang2 mungkin sebab korang bertuah je , peratus gred turun ke , so thats y korang boleh dapat gred yang tinggi ..

contohnye mcm ira . ira sangat sangat saaaaaangat lemah dan kurang suka  ( kurang je eh bukan TAK suka ) dengan fizik dan kimia berbanding dengan biology sejak dari SPM lagi sampailah masuk matrik .. tapi bila exam je, mesti markah fizik dan kimia lagiii lagiiii tinggi dari biology tau, ni zaman SPM la .. zaman matrik lagi peliknya sebab time jawab paper kimia tu, rasa macam nak mati je time jawab,  tak tau nak jawab ape, rasa macam hantar kertas kosong je tau ..  fizik dan biology boleh jawab sangat time tu .. tapi bile dapat je result .. memang tersangatlah memeranjatkan bila tengok result kimia berganda tinggi dari biology dan fizik ..

setelah bertanya rakan2 seperjuangan macam mana result dorang, dan ramai jugaklah menghadapi situasi yang sama dengan ira, kimia y x ditarget tinggi mana tu disebabkan soalan yang susah  boleh dapat tinggi ..
so paham la kan maksudnya.. peratus gred jatuh la tu mungkin sebab ramai yang x dapat jawab soalan tersebut ..

jadi .. nak dipendekkan cerita la kan, jangan lah bergantung gila dekat gred korang tu time pilih course ape korang nak ambil , jangan nanti menyesal x sudah sebab korang x boleh dengan course y korang pilih tu .. bak kata Ustaz Jailani , " CANT GO " la.. ahahaah...

so nanti kalau nak pilih course ..pilih berdasarkan minat korang jugak tau.. yela bila kite minat 1 1 benda nie, kita sukeeeee nak buat kan.. tak ade sebarang paksaan .. macam ira, ira minat biology tapi gred tinggi kimia dan fizik .. hmmm so ira abaikan je kimia y ira memang CANT GO tu , dan ira pilih biology .. ira memang letak 1st choice dekat UMT sebab tertarik dengan U ni masa join seminar dia dekat Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) dulu . ira tertarik sebabnya , course U ni ade yang x terdapat di U yang lain, even RU pon x dek tau .. UMT nie kira kelebihan dia dari sudut pengajian Marine .. opsss bukan nak promote UMT nie, ala saje selitkan cerita .. ehehehe :D

ahaaa .. sambung cerita .. jadi bila ira dah pilih yang more pada biology , ira tengok pulak course2 yang melibatkan biology dekat UMT nie .. ira ada 3 pilihan  .. sama ada sains biology , biology marin atau sains gunaan pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti ..  mulanya nak ambil biology marin .. tapiiii .. humm disebabkan perkataan marin tu .. aeshhh dalam otak ne dok pikir, dah la tak reti berenang .. macam mane nie  .. ahaaaa sebab tu ira reject bio marin .. then antara 2 tu , sains bio atau biodiversity.. ira pilih biodiversity sebabnye sains biology nie macam banyak fact je, dalam pemikiran ira, mesti kena belajar kitar tu kitar ni, reproduction n bla bla bla banyaknya teori macam spm & matrik dulu .. so ira pun pilih biodiversiti .. sebab dia macam fun je,,, pasal tumbuhan, binatang, alam sekitar, hijau n bla bla bla .. macam National Geographic .. ahahaha .. dan disamping tu ira search juga pasal course nie,, banyak jugak la dapat info dan arghhh ianya memang menguatkan lagi bahawa .. " yaaa, inilah course aq ,sebati dengan jiwa " cewahhh :D

eyhh rasanya terlampau banyak pulak diselitkan kisah2 ira dalam nie.. adoiii sory2.. terSyok sendiri la pulak huhu... Gred ni tak boleh sangat diikut sebab kita dapat gred baik kerana kita rajin mengulang kaji, berdasarkan apa yang kita belajar, dan teori semata2, kebijaksanaan yang sebenarnya adalah apabila kita dapat mengaplikasikan apa yang kita belajar dalam kehidupan seharian..
nah, kesimpulannya :-


  1. Jangan berpandukan gred semata-mata dalam memilih course seterusnya
  2. Pilih course berdasarkan minat juga
  3. Search seberapa banyak maklumat tentang course yang menarik hati
  4. Tanya senior2 atau minta pendapat sedikit sebanyak 
  5. Tanya diri, selidik dan selidik dan selidik apa yang diri anda mahukan
ok.. SELAMAT BERJAYA!!!





 والسلام

No comments:

Post a Comment

Kalau ada pertanyaan mohon drop comment, tapi kalau rasa nak fast reply boleh terus tanya kat FB =====> tengok sidebar