Friday 10 May 2013

Perkataan " Bongek" itu asal dari mana ye?

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum


ok.. hari ni saye nak cerita sikit..
dari manakah asalnya perkataan " bongek " nie??
korang rase dari mane?? :)

sejujurnya lah..saya cakap..
dulu, saya selalu ingat yang perkataan " bongek "  ini adalah berasal dari perkataan " bongok " yang telah disopankan..
ataupun, " bongek la ko ni ", " eh,sengal la kau ni " .. mungkin, macam itulah yang saya rasa..

tap harini, semasa saya sibuk stalk komen-komen berbaur politik , saya terjumpa seorang lelaki ini yang ber"nick name"  " xxxxxx bongek ",
mulanya ada kawan kita tu, cakap yang " budak xxxxx tu memang bongek pun ",
sejurus selepas itu, budak lelaki tersebut pun menjelaskan bahawa " bongek " yang terdapat di nick name facebooknya adalah bermaksud nama tempat..


inilah reaksi saya .. haha...





berbalik kepada cerita, lepas tu, saya pun google perkataan " bongek " ini, dan hasilnya adalah....
JENG JENG~ ini, moh kite baca sejarah asal usul nama bongek itu ye..


" BONGEK - Negeri Sembilan "
Nama kampung berkenaan diperolehi berikutan penemuan mata air panas oleh masyarakat minangkabau dari Acheh seawal 1773 semasa merantau ke situ bersama-sama Raja Melewar. Penerima Anugerah Tokoh Guru 2012 Daerah Rembau berkata, orang Minangkabau yang menjumpai mata air panas berikut menggelarkan ia sebagai "air hangek ".Manakala kedudukannya dalam paya dalam bahasa sanskritnya adalah " Bonchah " .. Asalnya, penduduk menyebut " Bonchah Hangek ", tetapi lama kelamaan ia menjadi "Bongek"
sumber : sinar harian 




oOoOoOoOoOoOOoOoOo~

hahahaha... so amacam korang???
sangkaan ku melecet sama sekali >_<  .. nama kampung rupanya .. :)

lagi ada banyak lagi nama kampung yang pelik-pelik bersama kisahnya yang tersendiri kan.. nama kampung korang macam mana?




No comments:

Post a Comment

Kalau ada pertanyaan mohon drop comment, tapi kalau rasa nak fast reply boleh terus tanya kat FB =====> tengok sidebar