Wednesday 1 January 2014

Jatuh Cinta dengan Tudung Labuh

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum

dah lama tak mentarbiah diri
jatuh cinta dengan tudung labuh? 
dah lama dah
tapi macam tu lah
aku cuma membiarkan hidayah tu datang dan pergi
tangguh punya tangguh
kadang-kaang terfikir
tangguh-tangguh ni sempat ke nanti?
doa.. selalu doa supaya diberi kekuatan untuk berubah
tapi kalau setakat doa tanpa usaha untuk kearahnya
tak jadi apa jugak

kenapa aku membiarkan hidayah tu datang dan pergi macam tu je?
bila aku nak pegang hidayah tu?
*selalu aku bertanya pada diri*

yes.. aku tergolong dalam girls yang pakai tudung full time
tapi takut untuk pakai tudung labuh-labuh
takut apa orang cakap? sebab aku ramai kawan lelaki
bila aku sembang dengan lelaki, tapi pakai labuh-labuh
macam mana bila berselisih kawan lelaki tegur?
bimbang pandangan orang?

biasanya bagi lelaki, ini perkara biasa
tapi bagi perempuan? mulut tak boleh control
dunia perempuan ni complicated
semua nak jadi isu

but wait wait... what is wrong with u ira?
kau nak cari salah orang lain pula?
the problem is u ira, just ignore the bitches *oopss*

hmm jealous.. jealous dengan perempuan yang menjadikan diri mereka eksklusif
eksklusif hanya untuk suami mereka
dan aku? hmm, kesian bakal suami aku..

haritu ada baca
bila dah kahwin baru nak pakai tudung?
sebab kesian dekat suami kena tanggung dosa-dosa
hanis tu selama ni ayah kau tanggung dosa-dosa kau?
ada kau kesah? tak sayang ayah??

aku pun sentap.. yelah, walaupun aku bertudung, tapi banyak lagi yang kurang
sangat banyak..kesian ayah.. kesian mak...
bukan sayang dan kesian bakal suami atau encik suami je

dear ira.. kau kena mulakan
perubahan tak semestinya drastik
its okay... slow-slow
mulakan dengan pakai stokin dan handsock ( masih tak istiqamah )
tak apa..cuba untuk istiqamah
perubahan yang sedikit tapi istiqamah tu lebih baik

sekarang sedang mencuba tukar shawl biasa ke pashmina labuh-labuh
tapi masih jugak tak istiqamah
heheh.. bila entah nak istiqamah
nanti nak tukar ke tudung labuh pulak..
tak payah belit-belit

eh jap.. nanti lah? nanti?
ish, sempat ke?

##Persoalan demi Persoalan##



No comments:

Post a Comment

Kalau ada pertanyaan mohon drop comment, tapi kalau rasa nak fast reply boleh terus tanya kat FB =====> tengok sidebar