makna di sebalik ungkapan manis lelaki
Ungkapan: Wajahmu putih berseri umpama bulan
Tersurat: Bulan penuh yang bercahaya memang cantik dan mempesonakan
Tersirat: Ungkapan di atas bermaksud kiranya anda dipuji sedemikian rupa, pegi balik umah..cermin muka tu dulu…beli pencuci muka apa yang patut..pastu buat treatment…sebab permukaan bulan sebenarnya adalah bergerutu dan kasar….hahha
Ungkapan: Engkaulah nyawa, intan, payung,berlian
Tersurat: Amat berharga dan bernilai
Tersirat: Kiranya anda dipuji sebegitu, berhati hati lah….kerana anda sebenarnya langsung tidak bermakna sebaliknya anda hanya digunakan ketika sesak atau terdesak..kerana andainya hilang nyawa, dia peduli hapa..bukan diri dia…dan payung hanya berguna semasa hujan atau panas..manakala intan berlian buleh dijual beli….hahha
Ungkapan: Demi dirimu, lautan api sanggup ku renang
Tersurat: Sanggup berkorban apa saja
Tersirat: Anda sedang di’ayat’ oleh seorang yang tak reti berenang kerana mana ada lautan api dalam dunia nih…hahha
Ungkapan: Tidur tak lena asyik teringatkan awak
Tersurat: Si dia terlalu rindukan diri anda
Tersirat: Sebenarnya dia keja shift malam..mana buleh lena. Nanti kena marah…hahha
Ungkapan : Tahniah, awak ngan dia memang seperti pinang di belah dua
Tersurat: Sama padan sama cantik
Tersirat: Anda sedang di cemburui dan kemungkinan besar akan di ’bomohhitam’kan oleh ’ex’ anda kerana bentuk pinang yang dibelah itu bergantung kepada alatan yang digunakan untuk membelah pinang tersebut. Kasi hancur pun buleh tau…hahha
Ungkapan (kepada 2 orang wanita): Korang berdua ni memang sekepala la
Tersurat: Memang ngam dan serasi
Tersirat: Hati hati…kerana anda berdua mungkin dimadukan oleh lelaki tersebut…kan satu ’kepala’……hahha
No comments:
Post a Comment
Kalau ada pertanyaan mohon drop comment, tapi kalau rasa nak fast reply boleh terus tanya kat FB =====> tengok sidebar