Assalamualaikum
so.. sebagai seorang pelajar,tugas kite adalah belajar..tapi dari segi seorang muslim,tugas kite sebagai seorang muslim macam mane plak?
mesti ramai yang pikir,tugas sebagai muslim ye .. ermm, solat 5 waktu, puasa, patuh semua perintah Allah, jauhi larangnNya.. tapi,tu je ke??
ramai yang terlupe sebagai seorang muslim,kite ade tanggungjawab lain.. iaitu tanggungjawab kite untuk menyeru kepada amar ma'ruf nahi mungkar..
Seperti mana firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat ke 104
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung.”
mungkin sebelum ni kite hanya pentingkan diri sendiri dengan melakukan amar ma’ruf nahi munkar hanya untuk diri kite sendiri…
dakwah adalah satu perkara yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemunkaran.. apakah dakwah itu wajib?? Ya, dakwah itu adalah wajib kepada sesiapa yang bergelar seorang muslim…
والسلام
Seperti mana sabda Rasulullah saw
“Barang siapa melihat kemunkaran dilakukan dihadapannya maka hendaklah ia mencegah dengan tangannya, jika tidak mampu cegahlah dengan lidahnya, jika tidak mampu maka hendaklah dia merasa benci di dalam hatinya, dan ini selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim).
kebiasaanya,dakwah selalu dipandang serong oleh masyarakat,malahan muslim sendiri.. mereka beranggapan dakwah adalah membuang masa dan menganggu tugas mereka sebagai seorang pekerja dan juga pelajar..
dan ramai juga yang memberikan 1001 alasan kenapa mereka tidak berdakwah , "aku tak layak", "aku x cukup ilmu" , "aku banyak dosa" ..
firman Allah di dalam surah ali imran ayat ke 139
“Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”
kalau mcm ni sikapnye, mane ade orang kat dunia nie nak berdakwah..kalau semuanye mengejar kesempurnaan… tidak kira setinggi mana dosa yang kita pikul, secetek mana ilmu yang kita miliki, dan selayak mana diri kita, kewajiban tetap kewajiban yang perlu dilaksanakan… tidakkah kita mahu melihat panji-panji islam tertegak di mata dunia..?? jika kita ingin memartabatkan islam di mata dunia, maka kita perlu bersakit-sakit dan berusaha keras untuk memartabatkan islam dan kebaikan di mata dunia…
wahai sahabatku, angkatlah kakimu yang sudah lama kaku , bukalah mindamu yang sudah lama membeku, suarakanlah suaramu yang sudah lama membisu, angkatlah tanganmu yang sudah lama terpaku demi memasakkan panji islam dan kebaikan di mata dunia… insyaAllah…
Wallahua’alam…kalau ade salah mohon ditegur
والسلام
No comments:
Post a Comment
Kalau ada pertanyaan mohon drop comment, tapi kalau rasa nak fast reply boleh terus tanya kat FB =====> tengok sidebar