Thursday, 15 May 2014

Belajarlah bersendirian

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum

fuuuuuh~ berhabuknyaaaaaa blog
heee..
sepatutnya plan malam ni nak study Toxicology untuk test 21/05/14 nanti
tapi tiba-tiba hilang mood la pulak
nota slide pun .. tak menarik minat
hmmmm, tu yang buka blog sat
dah lama tak jenguk blog nie

by the way, sekarang dah masuk minggu-minggu akhir sebelum final exam semester 4
dah minggu ke-2 akhir dah
macam tak sangka-sangka je..
dah semester 4 dah, dah hampir 2 tahun belajar dan duduk dekat Kuala Terengganu nie
bulan 9 nanti naik semester 5,selaku  Mahasiswi tahun akhir Sarjana Muda Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti di UMT (Universiti Malaysia Terengganu).

since dah nak habis semester 4 nie, sebagai Mahasiswa tahun kedua
banyak yang saya belajar
antaranya adalah:


  1. Belajar untuk bersendirian
Masa saya 1st year student dulu, bila saya nampak orang yang berseorangan je, mesti saya terfikir, "hmm, dia ni tak ada kawan ke? forever alone? " 


Tu antara tanggapan saya. tetapi bila dah jadi 2nd year student
tanggapan saya mula berubah *makin matang kot..kahkahkah
saya mula berjinak-jinak untuk:

  • Belajar bersendirian
  1. Mengajar diri untuk tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Kita memang ada kawan, ada banyak kawan.. Tapi, tak semua kawan tu akan ada bersama kita saat kita memerlukan mereka.
  2. Mengurangkan kebergantungan orang kepada diri saya. Maksudnya lebih kepada, hmm, lebih kepada menjaga hati sendiri mungkin. Sebab, dengan adanya orang yang bergantung dengan saya, kecenderungan untuk saya mengikut dia tu lebih tinggi since, hm kesian mungkin? then saya akan mengenepikan perasaan saya sendiri..And then jadi lah "Remaja Patah Hati, makan dalam " aaahahahah
  3. Tidak mengikut kawan. Maksudnya, buat apa-apa pun, kena ada kawan. Kalau tak ada kawan tu, macam tak boleh hidup. Beli nasi kena kawan teman, pergi mana-mana kena ada kawan teman, pergi tandas pun berjemaah dengan kawan.. Ish3x.. Sampai bila nak berdikari? Nanti dah grad, cari kerja pun sama dengan kawan ke? Tak kan.. Nanti kena bergerak sendiri dah. So kena belajar bercampur dengan ramai orang. Belajar cara bercampur.. Tak la kekok sangat nanti. 
  • Tidak menjadi "Pak turut" or "Mak turut" maybe. Which means, yela yang sentiasa Ya.. Ya.. Ya.. tuuu.. Yang tidak menyuarakan pendapat dan idea dan hanya menurut cakap rakan, etc. Kalau ada yang tak puas hati atau tak kena, kena bersuara, bersuara bukan bermaksud ajak gaduh, but berbincang, cari solusi yang terbaik. Ada komunikasi dua hala or berhala-hala lah, bukan sehala je.

actually, alam Universiti ni memang mengajar banyak benda
bukan semata-mata fokus pada Dean's List je
tapi soft skill, knowledge, etc 
kalau dapat Dean's List tapi tak pandai nak grab chance dekat luar nanti
tak guna jugak, soft skill tak ada, cuma berbekalkan gred yang cemerlang je
sebab tu masih ada yang result cemerlang gemilang terbilang
tapi masih menanam anggur
sebab tak pandai nak cari peluang
kerja tu, rezeki tu, tak datang bergolek dekat kita
> sapa yang dilamar kerja tu, alhamdulillah, rezeki kamu
tapi yang tak dilamar tu
sampai bila nak menunggu je
bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba
gerak la sikit, move ur ass...

Sekian bebelan dariku
hahahahaha Selamat malam
dah dapat mood dah nie
mood tidur
kahkahkah 


No comments:

Post a Comment

Kalau ada pertanyaan mohon drop comment, tapi kalau rasa nak fast reply boleh terus tanya kat FB =====> tengok sidebar