Tuesday, 20 May 2014

Risau kan yang MENDATANG, yang SEKARANG diabaikan

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum 

Masa lampau
Masa kini
Dan masa akan datang

Antara 3 nie.. Yang paling orang risau dan selalu fikirkan adalah masa akan datang

“Apa aku nak jadi 5 tahun akan datang? 10 tahun akan datang?”

Sebagai seorang pelajar, ada yang bercita-cita untuk sambung belajar (Diploma, Degree,Master, Phd)
Ada yang nak kerja hebat-hebat, gaji besar, rumah besar
Dan tak lari.. sebagai manusia biasa, ada yang nak kahwin.. hee



Hmm .. tapi pernah tak terfikir?

Apa yang kita impikan untuk masa akan datang .. Ada kaitannya dengan bagaimana hari ini?

Kalau kita nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi, nak kahwin, kerja bagus-bagus
Kita kena usaha bermula pada hari ini, usaha belajar dengan lebih keras, usaha kumpul duit, usaha perbaiki diri, usaha tambahkan ilmu dari pelbagai bidang





Dan bukannya dengan duduk menompang dagu



Impian kita tinggi, tapi adakah ianya memadai dengan usaha kita pada hari ini?




Jadikan hari lampau sebagai pengajaran dan sempadan untuk menempuh hari ini dan batu loncatan untuk berjaya di hari mendatang


No comments:

Post a Comment

Kalau ada pertanyaan mohon drop comment, tapi kalau rasa nak fast reply boleh terus tanya kat FB =====> tengok sidebar